• Bias FA-012-305x305.jpg
1

BIAS DALAM PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Booklinks
Worldwide shipping
Secure payments | Booklinks
Secure payments
Authentic products | Booklinks
Authentic products

Kajian sains sosial secara umumnya melibatkan persepsi manusia, baik oleh
perspektif penyelidik, mahupun responden yang terlibat dalam penyelidikan.
Walaupun pelbagai metodologi muncul, sama ada yang bersifat kuantitatif
mahupun kualitatif, bias merupakan isu yang sering muncul, yang menyebabkan
hasil penyelidikan perlu ditafsirkan secara berhati-hati. Walau sebaik mana pun
penyelidik mengawal semua asas penyelidikannya, bias adalah hal yang tak
mampu dielakkan. Buku ini secara umumnya cuba menyingkap beberapa isu bias
dan ralat yang sering berlaku dalam penyelidikan sains sosial. Bagaimanapun, ia
tidaklah pula mampu memperjelaskan kesemuanya memandangkan setiap
metodologi penyelidikan itu sendiri mempunyai pelbagai isu. Buku ini sekadar
memberikan gambaran ringkas tentang beberapa isu bias yang umumnya
berlaku dalam bidang sains sosial. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat
dengan dunia penyelidikan sains sosial, baik penyelidik, pensyarah atau pelajar
pascasiswazah yang berhasrat menjalankan penyelidikan.