Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa (with CD)
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Worldwide shipping
Secure payments
Authentic products
Share
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berusaha gigih untuk memastikan bahawa Melayu menjadi bahasa ilmu yang penting dan berwibawa dalam pengajian peringkat tinggi di Malaysia. Walau bagaimanapun, usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di institusi pengajian tinggi perlukan sokongan semua pihak. Penguasaan bahasa Melayu yang baik dapat membantu pelajar antarabangsa memahami budaya hidup dan seterusnya dengan mudah dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sejajar dengan hasrat murni ini, KPT telah mengilhamkan penerbitan sebuah modul pengajaran dan pembelajaran khusus bagi pelajar antarabangsa. UKM yang memikul tugas menerbitkan modul ini telah emngambil kira maklum balas adri IPTA dan IPTS di Malaysia bagi tujuan keseragaman kandungan modul. Penyampaian teknik pembelajaran bahasa Melayu secara bertahap dalam modul ini, bermula dari tahap asas, pertengahan dan lanjutan akan dapat membantu pelajar antarabangsa menguasai bahasa Melayu bagi tujuan komunikasi harian mereka di Malaysia. Penekanan awal modul tertumpu kepada sebutan dan kosa kata dalam situasi perbualan yang interaktif. Pembelajaran tatabahasa kemudiannya digabungjalinkan dengan kemahiran berbahasa melalui pelbagai latihan dan kegiatan. Kemahiran membaca, menulis dan bertutur dalam konteks yang bersesuaian turut diberi penekanan. Modul ini juga boleh dijadikan rujukan oleh penurut antarabangsa yang berminat mempelajari dan menguasai bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan masyarakat Malaysia.
×