PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL: APLIKASI TEORI DAN METODOLOGI
- Regular price
- RM 57.00
- Sale price
- RM 57.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Buku ini menggabungkan dua aspek penting sebagai rujukan iaitu kaedah penyelidikan dan asas-asas statistik. Buku ini diketengahkan dengan bahasa yang mudah dan ringkas, bersesuaian dengan sifatnya bagi memudahkan penyelidik dan pelajar yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan memahami konsep asas penyelidikan.
Buku ini juga memberikan panduan kepada penyelidik dan pelajar untuk memahami apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai kajian. Kajian dilakukan bukanlah sekadar untuk mengetahui satu-satu fenomena, tetapi ia juga merupakan satu cara untuk kita menjawab isu yang masih diperdebatkan dalam kajian-kajian terdahulu. Perbincangan turut menyentuh beberapa isu utama yang jarang dibincangkan dalam buku pengantar metodologi tempatan termasuklah ‘common-method variance’ dan juga beberapa kaedah baru yang jarang digunapakai dalam konteks Malaysia, termasuklah longitudinal, multi-level dan kajian diari kuantitatif.